Thursday, December 16, 2010

Rindu..

Dah 6 hari xdengar kabar hubby....rindu sgt....hukhuk....miss him so much!!!!

Monday, December 13, 2010

Unchained Melody

Oh, my love
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me



Lonely rivers flow to the sea,
to the sea
to the open arms of the sea
lonely rivers sigh 'wait for me, wait for me'
I'll be coming home wait for me



Oh, my love
my darling
I've hungered for your touch
a long lonely time
and time goes by so slowly
and time can do so much
are you still mine?
I need your love
I need your love
Godspeed your love to me


Unchained Melody - Righteous Brothers

Wednesday, December 1, 2010

4 hari lg...

Ermm...mbe dlu aku leh pi mkn sorg2 n shoping sorg2...tp nk jadik kn citer lg 4 hari aku nk kena tinggal sorg2 kt umah coz my sweet baby (mr hubby) nk pi outstation for 3 weeks...huhu....dah ler umah agak besau dan of course semasa ketiadaan mr hubby aku akn dok kt bilik jek dr jam 5 ptg smpi 7pg keesokannya.....hopefully next week xbyk keje so leh cabut balik kg....or pi KL wat keje tertunggak kt cne...so leh menghilangkan rase kebosanan yg mgkin agak smpi thp melampau!

Friday, November 19, 2010

Cuti Sem...

Alhamdulillah kerna aku baru jek menyudahkan exam utk dua paper minggu yg sudah. Soklan mmg agak susah dan tidak boleh dijawab dgn baik! Sikap aku yg malas nk study jgk menyumbang kpd ke'blur'an aku ketika sesi menjawab...puas jgk aku membaca soklan dr muka depan smpi muka blkang, xder satu pun soklan yg aku boleh jwb dgn baik....setengah jam hanya di spent kn utk bc soklan tuh....ceh....padan muka aku sbb xnk study btol2 mse mingu ulangkaji aritu.....sibuk dengan nk mengisi perut jek setiap mase...!

Tuesday, October 26, 2010

Ya Allah, terima kasih....

Alhamdulillah kerana disaat ini Allah telah 'meminjamkan' seorang lelaki yang aku berdoa agar sentiasa menjadi lelaki yang bisa menghargai dan mengasihi aku sehingga akhir hayatnya.....Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keredhaannya dalam hidup kami.......Abang, I love U so much!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Alhamdulillah...

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana hampir 70% persiapan nikah telah siap dan keluarga kedua-dua belah pihak serta insan sekeliling membantu dari pelbagai sudut. Terima kasih dan bantuan anda semua amat saya hargai. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan bakal suami dalam menuju alam rumahtangga dan seterusnya melayari kehidupan sebagai suami isteri kelak. Amin.

Saturday, July 31, 2010

Human Computer Interaction - Aktiviti 1 (Harga Tiket)

Human Computer Interaction - Aktiviti 1 (Jadual3)

Human Computer Interaction - Aktiviti 1 (Jadual2)

Human Computer Interaction - Aktiviti 1 (Jadual1)

Human Computer Interaction - Aktiviti 1

ANALISIS ANTARAMUKA LAMAN WEB


Air Asia Website (www.airasia.com)

• Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa Air Asia Website mempunyai antaramuka pengguna yang efisyen dan mempunyai ciri-ciri yang baik dalam membantu pengguna mendapatkan maklumat yang dicari. Setiap fungsi antaramuka berjalan dengan baik serta mudah difahami dan digunakan oleh pengguna. Antara ciri-ciri yang ada pada laman web ini adalah :
o Tidak mempamerkan terlalu banyak maklumat;
o Mempunyai susunan yang mudah digunakan;
o Pengguna mempunyai kawalan terhadap antaramuka;
o Maklumat yang penting berada di bahagian utama laman dan
o Maklumat yang tidak penting diletakan di bahagian lain.

• Saya kagum dengan website ini kerana menyediakan ruangan “Currency Converter” untuk pengguna sistem membuat tukaran matawang dan ini sememangnya membantu pengguna dari Negara lain untuk membuat bayaran dengan lebih mudah.


Malaysia Airlines System Website (www.malaysiaairlines.com)

• Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa Malaysia Airlines System Website mempunyai antaramuka pengguna yang baik dalam membantu pengguna mendapatkan maklumat yang dicari. Namun terdapat beberapa kelemahan di dalam rekabentuk laman web ini. Antaranya :
o Mempamerkan banyak maklumat di laman yang dilawati dan
o Terdapat iklan yang didapati lebih menonjol daripada ruangan tempahan.

• Terdapat sedikit kekeliruan semasa mula-mula memasuki laman web ini kerana di ruangan ”Book a Flight” ada menyediakan ikon ”Book now” yang saya anggap untuk terus membuat tempahan bukan carian sepertimana yang sering dilakukan oleh pengguna-pengguna lain dalam mencari harga tiket murah. Ini membuatkan saya menjelajah diruangan yang tidak sepatutnya.


Microsoft Expedia Website (www.expedia.com)

• Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa Microsoft Expedia Website mempunyai laman kurang sistematik berbanding ketiga-tiga laman web yang saya kaji kerana :
o Mempamerkan terlalu banyak maklumat di laman utama;
o Mempunyai susunan yang tidak sistematik dan
o Menggunakan ikon atau simbol yang tidak mudah difahami contohnya gambar payung dan kain buruk yang terdapat dilaman tersebut.

• Terdapat sedikit kelemahan di ruangan ”Going to” tidak menyediakan senarai untuk dipilih yang memaksa saya untuk membuat carian nama Lapangan Terbang yang sepatutnya.

Cadangan penambahbaikan bagi Malaysia Airlines System dan Microsoft Expedia adalah seharusnya pemilihan antaramuka perlu bersesuaian dengan semua aspek berkaitan dengan isu kepenggunaan termasuklah umur, pengetahuan komputer, pengalaman, kepakaran, keperluan dan sebagainya. Susun atur ikon dan maklumat di dalam laman web juga hendaklah mudah dilihat dan digunakan. Penggunaan simbol dan ikon yang mudah difahami juga adalah amat penting. Sistem ini juga hendaklah meletakkan ikon di laman yang sesuai dengan keperluan.

Kesimpulannya, melalui kajian ini membolehkan saya menilai ciri-ciri laman web yang efisyen dan baik. Saya mendapati Air Asia mempunyai laman web yang terbaik jika dibandingkan dengan Malaysia Airlines System dan Microsoft Expedia Website kerana lebih banyak membantu pengguna membuat carian tiket kapal terbang yang murah walaupun tidak mempunyai pilihan yang banyak berbanding dua sistem yang lain.



TEKNIK KAJIAN

Dalam kajian ini saya menggunakan perisian Camtasia Studio 7 yang membantu saya dalam merakam aktiviti skrin komputer. Melalui perisian ini, saya telah dapat menilai laman web yang baik dan memahami kekurangan yang ada pada web tersebut. Terdapat beberapa masalah ketika mula-mula menggunakan perisian ini iaitu perisian ini tidak dapat digunakan walaupun telah dimuat turun dari internet. Saya juga menghadapi masalah dalam memuat turun rakaman daripada perisian Camtasia Studio ini ke akaun You Tube kerana akaun Google saya tidak boleh dibuka.

Namun semua permasalahan ini dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan dan membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan kawan-kawan yang telah membantu.

Microsoft Expedia Website

Malaysia Airlines Website

Air Asia Website

Friday, July 30, 2010

Salam

Selamat menjamu mata di blog saya ini. Sila tinggalkan kritikan sekiranya terdapat kelemahan. Terima kasih.